Pengambilan dan memiliki ganja adalah haram di kebanyakan negara, dan telah diselubungi kontroversi mengenai penggunaannya dalam perubatan. Ganja mengandungi lebih 420 bahan kimia dan kesannya kepada manusia bergantung kepada individu dan situasi. Ini menyebabkan kesan ganja agak sukar untuk diperhati dan dikaji.
Sejarah Penubuhan Pada 17 Februari 1996, Kabinet telah meluluskan penubuhan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi Dadah Kebangsaan adalah urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah negara.
AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

- AADK SENTUL
- SENTUL, KUALA LUMPUR, Malaysia
- AADK Daerah Sentul Tingkat 4, Plaza Pekeliling, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur. 03-20262773
Selamat Datang Ke Laman Blog AADK SENTUL
Segala info-info serta maklumat terkini mengenai agensi kami akan dipaparkan dalam blog ini.
Tuesday, January 13, 2009
KESAN GANJA
Ganja (Inggeris Marijuana) berasal daripada sejenis pokok hem yang bergelar Cannabis sativa. Perkataan "Ganja" berasal dari bahasa Sanskrit yang memberi maksud "Resin/getah dari pokok berserabut". Ia merujuk kepada daun, batang, bunga dan biji benih kepada pokok Kanabis tersebut yang mengandungi resin dan selalunya dikeringkan (dengan menyalai) dahulu sebelum digunakan. Ganja selalunya berwarna kehijauan hingga keperangan, dengan berbau tengit dan boleh dimakan atau dihisap (tanpa atau bersama tembakau). Kesan daripada pengambilan ganja boleh dirasai dalam 10 minit yang pertama jika dihisap. Tempoh masanya adalah lebih panjang jika dadah ini dimakan. Secara amnya, seseorang itu boleh berkhayal selama 2 setengah jam atau lebih lama jika dimakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Peranan Agensi Antidadah
Untuk menentukan segala usaha negara memerangi ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah.
Peranan Agensi Antidadah
Bidang tugas Agensi Dadah Kebangsaan adalah seperti berkut :-
* Melaksanakan program pencegahan
* Melaksanakan program rawatan dan pemulihan
* Meningkatkan sistem maklumat dadah dan menilai keberkesanan program anti dadah negara
* Meningkatkan kerjsama serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi ancaman dadah
* Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan
Agensi Dadah Kebangsaan juga ditubuhkan di peringkat Negeri, dan Daerah. Pengarah ADK Negeri adalah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah ADK manakala Pegawai ADK Daerah bertanggungjawab kepada Pengarah ADK Negeri.

No comments:
Post a Comment